kUATKAN SEMANGAT DAN TERUSKAN HIDUP

  • Terkadang hidup tidak seperti apa yang kamu inginkan . Kamu harus bersiap sedia dengan kemungkinan apa pun meski kemungkinan yang paling buruk sekali .


  • Jangan terperuk hanya kerana ada orang yang mengecewakan kamu . Kerana diluar sana banyak lagi yang menanti senyuman manismu .


  • Tidak perlu bersedih kerana kekurangan . PERCAYALAH , Tuhan pasti memberi kelebihan kepada setiap orang yang memiliki kekurangan .


  • Kebaikan membawa kemuliaan . Akan ada banyak orang yang mendoakanmu kerana kebaikan yang telah kamu buat .


  • Masalah tidak seharusnya membuat kamu menyerah ! Kerana masalah akan membuat kamu kuat jika kamu mahu belajar dan mengambil hikmah .


  • Hidup ini singkat , maka janganlah kamu membuatnya lebih singkat dengan melakukan perkara yang sia-sia .


  • Perbezaan tidak seharusnya membuat kamu berpisah , kerana seharusnya perbezaan menyedarkanmu bahawa kamu dan dia saling memerlukan .


  • Tidak perlu kamu kesali dengan kesalahan dahulu . Kerana semakin kamu sesali semakin lama hidup kamu dalam kesedihan . Maafkan dan lupakan !




#apa pun yang jadi...harus kuatkan hati..terus berdoa kepada Allah ^_^ insyaAllah..
segala galanya akan baik baik saja ^_^
kuatkan semangat , teruskan hidup !

COPY PASTE :- http://syiralokman.blogspot.com
seriously terpaku dgan kata kata atas ni..terima kasih..:)

1 comment:

  1. smga kita peroleh redha dariNya =)


    salam ramadhan..salam kenal..follow sini ^^

    ReplyDelete